PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM
TALIAN DAN LUAR TALIAN
1. Melaksanakan simulasi pengajaran
dalam talian.
2. Melaksana simulasi pengajaran dalam
talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.
Pembelajaran
Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.
§
Murid-murid gemar untuk menggunakan
komputer dan internet.
§
Sifat sebegini yang dimiliki oleh
murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah.
§
Untuk membantu guru supaya senang
untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu
menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog
Alamat Internet.
§
Guru boleh menggunakan laman web yang
berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran.
§
Langkah penggunaan laman web adalah
seperti berikut:
Ø
Tentukan objektif pengajaran
yang hendak dicapai
Ø
Guru menjelaskan tugasan yang perlu
murid lakukan
Ø
Minta murid melayari laman web yang
disediakan
Ø
Murid melaksanakan tugasan yang
diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
Ø
Guru membuat kesimpulan.
Melaksanakan
Simulasi Pengajaran Dalam Talian
LANGKAH
1 :
§
Guru mengakses internet dan membuka
portal pendidikan untuk pembelajaran.
§
Lihat contoh portal pendidikan di
bawah :
LANGKAH
2 :
§
Guru akan memilih tatabahasa yang
hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
§
Contohnya guru tersebut memilih untuk
mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
§
Lihat contoh di bawah selepas
perkataan kata kerja diklik :
LANGKAH
3 :
§
Guru akan megajar kata kerja
berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
§
Guru akan memberikan beberapa contoh
kata nama serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.
LANGKAH 4 :
LANGKAH 4 :
§
Selepas itu, guru akan memberikan
latihan kepada murid-murid.
§
Guru boleh menggunakan latihan yang
terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.
§
Lihat contoh di bawah :
LANGKAH
5 :
§
Guru akan klik pada perkataan latihan
1.
§
Lihat contoh di bawah selepas latihan
1 diklik :
Guru boleh memanggil murid-murid
untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
§
Akhir sekali guru akan memberi kerja
iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan.
Melaksana
Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web
Dan Tapak Pembelajaran
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
Tarikh
: 26 Mac 2012
Masa
: 0845-0945 (60 minit)
Tahun
: Tahun 1 Bendahara
Tema
: Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk Pelajaran
: Tiada Aedes Tiada Denggi
Bilangan Murid
: 30 orang
Standard
Kandungan
: 1.5 Bercerita dan menceritakan
sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.
Standard
Pembelajaran : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul
menggunakan ayat tunggal.
Objektif
: Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.
Membina 3 ayat tunggal berdasarkan
gambar.
ii.
Mengetahui dan menceritakan 5 cara
menghapuskan tempat pembiakan aedes.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
:
i.
Bercerita berdasarkan video
ii.
Membina ayat secara berkumpulan dan
individu
iii.
Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid pernah melihat nyamuk aedes
Pengisian Kurikulum
:
i.
Ilmu - Pendidikan
Sivik, Pendidikan Kesihatan
ii.
Nilai - kerjasama,
tanggungjawab, berbudi bahasa
ENT
:
i.
Kemahiran Berfikir - menjana
idea untuk membina ayat tunggal
ii.
Kemahiran Belalajar Cara Belajar –
belajar secara berkumpulan
iii.
Kontekstual – kebersihan persekitaran
rumah
iv.
Kecerdasan Pelbagai – interpersonal,
verbal-linguistik, intrapersonal
EMK
: Inovasi dan Kreativiti
Sistem Bahasa
: Ayat Tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran :
Video, LCD, Lembaran Kerja, Gambar
LANGKAH/
MASA
|
KANDUNGAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Gambar mangsa
demam denggi
|
1. Murid
melihat gambar.
2. Mengaitkan
dengan tajuk Tiada Aedes Tiada Denggi.
|
BBB:
Gambar 1,LCD
ENT:
Kontekstual
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Kitaran hidup
nyamuk aedes
|
1. Murid
melihat dan memahami kitaran hidup nyamuk aedes.
2. Murid
membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar kitaran nyamuk.
3. Beberapa
orang murid membentangkan ayat.
|
BBB:
Gambar 2,LCD
Tatabahasa:
ayat tunggal
ENT:
Kemahiran
berfikir, verbal-linguistik
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Tayangan video Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes
kepada murid.
|
1. Murid
menonton tayangan video.
2. Murid
menceritakan kembali mengenai tempat aedes membiak berdasarkan video yang
ditonton kepada rakan.
3. Beberapa
murid menceritakan kembali mengenai video yang ditonton di hadapan kelas.
|
BBB:
Video, LCD
ENT: Verbal
Linguistik, interpersonal
Nilai:
Kerjasama, berbudi bahasa
Ilmu:
Pen. Kesihatan
dan Sivik
|
Langkah 3
( 15 minit)
|
Berbincang
secara berkumpulan.
|
1. Murid
dibahagikan kepada 6 kumpulan.
2. Setiap
kumpulan diminta berbincang mengenai 5 cara untuk mengahapuskan tempat
pembiakan aedes berdasarkan gambar yang diberi.
3. Secara
berkumpulan, murid diminta menceritakan tentang cara-cara menghapuskan aedes
secara bergilir-gilir menggunakan ayat tunggal. (seorang murid satu cara)
|
EMT: Kreativiti
ENT: Kemahiran
Belajar, verbal-linguistik
BBB:
Gambar 3
Nilai:
tanggungjawab, kerjasama
Tatabahasa:
Ayat tunggal
|
Langkah 4
(15 minit)
|
Pemerhatian
pembentangan murid.
|
Pentaksiran:
Penilaian
berdasarkan aktiviti yang dijalankan
|
Pemerhatian
ENT: Kemahiran
Berfikir, intrapersonal
|
Borang
pengurusan grafik
|
Pengayaan
1.
Melengkapkan peta minda yang disediakan. (lembaran kerja 1)
|
EMK: Inovasi
BBB:
Lembaran kerja
ENT:
Intrapersonal,
kontekstual
|
|
Padanan ayat
|
Pemulihan
1. Memadankan
ayat dengan gambar.
2. Tanda
jawapan yang betul. (lembaran kerja 2)
|
No comments:
Post a Comment