KATALOG INTERNET
BIL
|
TAJUK
|
|
1
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pembentangan kertas Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin
Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-Viii Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 “Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam” |
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa Melayu Kuno
|
2
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam
Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain.
Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada
mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu
kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap
kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai
dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan
inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan
pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.
|
BIL
|
TAJUK
|
Asal Usul Bahasa
Melayu
|
3
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini
membincangkan mengenai asal usul bangsa Melayu, perkembangan bahasa Melayu,
peralihan bahasa Melayu kuno ke Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik,
Bahasa Melayu Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata Homograf
|
4
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini adalah mengenai definisi, contoh –
contoh kata homograf, dan juga cadangan latihan. Pelbagai contoh bela, sepak,
rending, semak, perang, sela, tekad,
selak, serak, perah, gelang, dan juga reda.
|
BIL
|
TAJUK
|
Soalan Karangan
Pelbagai Jenis
|
5
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini memberi
latihan kepada calon SPM untuk mengarang jenis karangan keperihalan, fakta,
cereka, imaginasi, perbincangan,
pendapat, ulasan, dialog, wawancara, laporan, ceramah, ucapan dan syarahan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Membaca SQ3R
|
9
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang
telahdiperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakansatu kaedah membaca yang
memerlukan seseorangmempersoal kesesuaian maklumat yang terdapatdalam suatu
bahan yang dibaca dengan tugasan yangperlu diselesaikan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pemarkahan Karangan
Umum Dan Karangan Upsr
|
10
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kertas ini
membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah
pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan
dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah diberi perhatian
istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak
peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang
dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar.
Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan
dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
11
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sekali lagi, karangan
ialah gubahan fikiran. Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu perkataan.
Guru yang baik mengajarkan karangan secara bertatatingkat, iaitu menulis
perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa perenggan.
Maka wujudlah beberapa teknik. Antaranya termasuklah karangan berpandu,
karangan terkawal dan mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada
subtekniknya yang tersendiri. Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah mengetahui teknik ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian
dengan murid-murid cikgu.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
12
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Beberapa isi kandungan
di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev
berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html
|
BIL
|
TAJUK
|
|
13
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata pelajaran
yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin
keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar
perlu mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa
Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
|
14
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pendidikan peringkat
rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Pemulihan Dalam Bahasa Melayu Kedua: Siapa Dan Mengapa?
|
15
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Adalah lumrah apabila
kita mengatakan bahawa kadar penguasaan atau daya pembelajaran antara seorang
pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Banyak faktor yang telah
dikemukakan oleh para penyelidik pendidikan dan perkembangan mental mengenai
perkara tersebut. Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar
penguasaan atau daya belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar
menghadapi latar kehidupan, perkembangan
mental dan pertumbuhan
fizikal yang berbeza.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu
|
16
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Huraian Sukatan
Pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid
berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara
eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.
Hasil pembeljaaran diperingkatkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1 (aras asas),
Aras 2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang).
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
|
17
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat
dan memperkembangkan potensi diri dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran,
kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan,
faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya
bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan
negaranya
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Perbincangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
|
|
18
|
URL
|
||
SINOPSIS
|
Selain daripada kaedah pengajaran, teknik juga dapat membantu guru
untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dalam sesuatu sesi pelajaran.
Teknik yang digunakan hendaklah berharmoni dengan kaedah. Banyak teknik boleh
digunakan oleh guru. Satu daripada teknik tersebut ialah teknik perbincangan.
Wilga M. Rivers (1989:51) menyatakan bahawa perbincangan ke atas idea dan
pendapat merupakan aktiviti pertuturan yang selalu diadakan dalam pengajaran
bahasa.
|
||
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu
Dalam Bilik Darjah
|
19
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Program mengajar kemahiran berfikir secara formal
kepada semua pelajar telah dilaksanakan sejak tahun 1992. Kita telah mencapai
kejayaan yang terhad. Apa yang penting ialah kita harus belajar daripada
pengalaman kita melaksanakan program tersebut selama ini dan berusaha memurni
dan memantapkan proses pelaksanaan program tersebut sepaya ia mencapai matlamat
sebenar mengajar kemahiran bahasa melayu ini.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kaedah Pengajaran Membezakan Bentuk
Dan Bunyi Huruf Yang Hampir Sama ( B Dan D )
|
20
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Modul ini disarankan untuk digunakan oleh
guru-guru dalam memperkenalkan huruf-huruf yang hampir sama bentuk atau
bunyinya seperti huruf b dengan d. Langkah –langkah yang dijalankan dalam
modul ini mampu mempercepatkan proses pengenalan huruf ini dan mengandungi
aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan.
Modul ini juga tidak memberatkan tugas guru di
mana guru hanya memerlukan bahan-bahan asas dalam memperkenalkan huruf
seperti kad huruf sahaja. Pengajaran ini dirangka dengan mempelbagaikan
penggunaan kad huruf di samping aktiviti yang melibatkan interaksi langsung
murid-murid dengan huruf-huruf.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
21
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah
dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu
untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya
perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan
dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi
negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya
dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
|
BIL
|
TAJUK
|
Penulisan Bahasa Melayu
|
22
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berdasarkan artikel ini dapatlah disimpulkan
bahawa:
(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan
Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu. (c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa. |
BIL
|
TAJUK
|
BML 4103 Sosiolinguistik Dan
Pengajaran Bahasa Melayu
|
23
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kursus ini khusus mengajarkan tatasosial untuk
guru bahasa Melayu supaya mereka arif berbahasa Melayu di samping menguasai
tababahasanya. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat
perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas.
Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat
menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini
perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan
untuk memenuhi tujuan tersebut.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
|
24
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat
meninkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan
pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan
terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang
lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki
kelemahan mereka.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta Di Negeri Sarawak
|
25
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di negeri
Sarawak merupakan sesuatu yang baru. Penemuan dalam kajian ini sedikit
sebanyak membantu pengkaji bahasa untuk mengkaji daripada pelbagai aspek
berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di Malaysia
khususnya. Hanya melalui ini sahaja, hasrat kita untuk menatarkan dan
memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu
dalam kursus-kursus terpilih di IPTS dapat ditingkatkan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
|
26
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini merangkumi pengajaran bagi pelajaran
Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi kandungannya termasuklah kefahaman 1, kefahaman
2, kata adjektif, kata hubung, teka silang kata, susun perkataan, simpulan
bahasa 1, simpulan bahasa 2, uji minda 1, dan juga uji minda 2.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
menengah:
Satu Tinjauan
|
27
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami
perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak
penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987.
Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi
cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000).
|
BIL
|
TAJUK
|
Sintaksis
|
28
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi
juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun
dalam ayat.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan Unsur Ayat
|
29
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
AYAT ialah unit pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap.
Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna. Dalam bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruf
besar dan diakhiri dengan tanda baca titik.
|
BIL
|
TAJUK
|
Tatabahasa bahasa Melayu
|
|
30
|
URL
|
||
SINOPSIS
|
Morfologi ialah
bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana
kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan
satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi
juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
|
||
BIL
|
TAJUK
|
Ayat: Subjek & Predikat…?
|
31
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud
atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
Subjek + Predikat = Ayat
Subjek + Predikat = Ayat Biasa
Predikat + Subjek = Ayat Songsang
Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin
diterangkan.
Predikat = ialah cerita atau perihal yang
menerangkan subjek.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan Ayat
|
32
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang
mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu. Jika
dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan
biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat yang
mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah
dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan
predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan
boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja,
frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
|
BIL
|
TAJUK
|
Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu
|
33
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk
memahami masyarakat, kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara-
negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia melalui
analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa
Melayu moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata Pinjaman Bahasa Arab Yang Sama Di Dalam Bahasa Inggeris Dan
Bahasa Melayu: Satu Kajian Makna
|
34
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Semua bahasa meminjam perbendaharaan kata
daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa
Arab sebagai lingua franca agama Islam menyumbangkan perbendaharaan kata dan
istilah kepada bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Asia dan
Afrika. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan dua bahasa yang mendapat
manfaat daripada kata pinjaman bahasa Arab. Pengkajian ini bertujuan mengkaji
sudut makna leksikal pada kata pinjaman bahasa Arab yang sama di dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai Kata Pinjaman Dari Bahasa Sanskrit Dalam
Bahasa Melayu
|
35
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini berkaitan tentang daftar
kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Untuk
penjelasannya silakan lihat artikel: Kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu
|
36
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini merangkumi contoh vokal yang dipinjam
dari bahasa asing seperti ae, aer, ai, ea, ee, ei, eo, eu, ia, ie, io, iu,
oe, oi, oo, ou, ui, uo, uu, cc, cch, ch, rh, sc, th, cr, ng, ph dan banyak
lagi.
|
No comments:
Post a Comment