KATALOG URL


KATALOG INTERNET
BIL
TAJUK
1
URL
SINOPSIS
Pembentangan kertas Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu
Ke-Viii Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011
“Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam”



BIL
TAJUK
Bahasa Melayu Kuno
2
URL
SINOPSIS
Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung. 



BIL
TAJUK
Asal Usul Bahasa Melayu
3
URL
SINOPSIS
Artikel ini membincangkan mengenai asal usul bangsa Melayu, perkembangan bahasa Melayu, peralihan bahasa Melayu kuno ke Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden.



BIL
TAJUK
Kata Homograf
4
URL
SINOPSIS
Artikel ini adalah mengenai definisi, contoh – contoh kata homograf, dan juga cadangan latihan. Pelbagai contoh bela, sepak, rending, semak, perang, sela, tekad,  selak, serak, perah, gelang, dan juga reda.



BIL
TAJUK
Soalan Karangan Pelbagai Jenis
5
URL
SINOPSIS
Artikel ini memberi latihan kepada calon SPM untuk mengarang jenis karangan keperihalan, fakta, cereka, imaginasi,  perbincangan, pendapat, ulasan, dialog, wawancara, laporan, ceramah, ucapan dan syarahan.



BIL
TAJUK
Laman Web Khusus Untuk Belajar Bahasa Melayu
7
URL
SINOPSIS
Artikel ini adalah berkaitan dengan tatabahasa, karangan, dan sebagainya. Selain itu, ianya juga membincangkan tentang Laman Tatabahasa Melayu (khusus untuk Tatabahasa), Website Laporan Prestasi Pelajar Bagi Subjek Bahasa Melayu,  Jurnal Berkaitan Pemarkahan Karangan Umum dan UPSR, Koleksi Cerita Dongeng Kanak-kanak, Laman Web Penulisan dan Karangan UPSR dari SK Darau, Laman Web Mengenai Asal Usul Bahasa Melayu, Fail PDF Kesusasteraan Melayu <-Klik Kanan dan pilih Save Target As untuk muat turun fail, Fail PDF Senarai Ungkapan, Rangkai kata dan Peribahasa,  Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Sekolah Rendah, Fail PDF, Nota-nota Berkaitan Bahasa Melayu dan Sastera, Laman Web Bahasa Malaysia,  Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5, Ulasan Buku - Sari Pustaka (Fail PDF - Klik Kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun), Panduan Umum Ejaan Bahasa Melayu (Format Fail PDF - Klik Kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun).


 
BIL
TAJUK
Teknik Membaca SQ3R
9
URL
SINOPSIS
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telahdiperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakansatu kaedah membaca yang memerlukan seseorangmempersoal kesesuaian maklumat yang terdapatdalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yangperlu diselesaikan.



BIL
TAJUK
Pemarkahan Karangan Umum Dan Karangan Upsr
10
URL
SINOPSIS
Kertas ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah diberi perhatian istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar. Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.



BIL
TAJUK
11
URL
SINOPSIS
Sekali lagi, karangan ialah gubahan fikiran. Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu perkataan. Guru yang baik mengajarkan karangan secara bertatatingkat, iaitu menulis perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa perenggan. Maka wujudlah beberapa teknik. Antaranya termasuklah karangan berpandu, karangan terkawal dan mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada subtekniknya yang tersendiri. Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di sekolah rendah mengetahui teknik ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian dengan murid-murid cikgu.



BIL
TAJUK
12
URL
SINOPSIS
Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html



BIL
TAJUK
13
URL
SINOPSIS
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah.  Bagi menjamin keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar perlu mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.



BIL
TAJUK
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
14
URL
SINOPSIS
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. 



BIL
TAJUK
Pengajaran Pemulihan Dalam Bahasa Melayu Kedua: Siapa Dan Mengapa?
15
URL
SINOPSIS
Adalah lumrah apabila kita mengatakan bahawa kadar penguasaan atau daya pembelajaran antara seorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Banyak faktor yang telah dikemukakan oleh para penyelidik pendidikan dan perkembangan mental mengenai perkara tersebut. Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar penguasaan atau daya belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar menghadapi latar kehidupan, perkembangan
mental dan pertumbuhan fizikal yang berbeza.



BIL
TAJUK
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu
16
URL
SINOPSIS
Huraian Sukatan Pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembeljaaran diperingkatkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1 (aras asas), Aras 2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang).



BIL
TAJUK
Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
17
URL
SINOPSIS
Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari segi  intelek, rohani, emosi dan jasmani  seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya



BIL
TAJUK
Teknik Perbincangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
18
URL
SINOPSIS
Selain daripada kaedah pengajaran, teknik juga dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dalam sesuatu sesi pelajaran. Teknik yang digunakan hendaklah berharmoni dengan kaedah. Banyak teknik boleh digunakan oleh guru. Satu daripada teknik tersebut ialah teknik perbincangan. Wilga M. Rivers (1989:51) menyatakan bahawa perbincangan ke atas idea dan pendapat merupakan aktiviti pertuturan yang selalu diadakan dalam pengajaran bahasa. 



BIL
TAJUK
Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Bilik Darjah
19
URL
SINOPSIS
Program mengajar kemahiran berfikir secara formal kepada semua pelajar telah dilaksanakan sejak tahun 1992. Kita telah mencapai kejayaan yang terhad. Apa yang penting ialah kita harus belajar daripada pengalaman kita melaksanakan program tersebut selama ini dan berusaha memurni dan memantapkan proses pelaksanaan program tersebut sepaya ia mencapai matlamat sebenar mengajar kemahiran bahasa melayu ini.



BIL
TAJUK
Kaedah Pengajaran Membezakan Bentuk Dan Bunyi Huruf Yang Hampir Sama ( B Dan D )
20
URL
SINOPSIS
Modul ini disarankan untuk digunakan oleh guru-guru dalam memperkenalkan huruf-huruf yang hampir sama bentuk atau bunyinya seperti huruf b dengan d. Langkah –langkah yang dijalankan dalam modul ini mampu mempercepatkan proses pengenalan huruf ini dan mengandungi aktiviti-aktiviti yang  menarik dan berkesan.
Modul ini juga tidak memberatkan tugas guru di mana guru hanya memerlukan bahan-bahan asas dalam memperkenalkan huruf seperti kad huruf sahaja. Pengajaran ini dirangka  dengan mempelbagaikan penggunaan kad huruf di samping aktiviti yang melibatkan interaksi langsung murid-murid dengan huruf-huruf.



BIL
TAJUK
21
URL
SINOPSIS
Untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.



BIL
TAJUK
Penulisan Bahasa Melayu
22
URL
SINOPSIS
Berdasarkan artikel ini dapatlah disimpulkan bahawa:
(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu.
(c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa.



BIL
TAJUK
BML 4103 Sosiolinguistik Dan Pengajaran Bahasa Melayu
23
URL
SINOPSIS
Kursus ini khusus mengajarkan tatasosial untuk guru bahasa Melayu supaya mereka arif berbahasa Melayu di samping menguasai tababahasanya. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.



BIL
TAJUK
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
24
URL
SINOPSIS
Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.



BIL
TAJUK
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Negeri Sarawak
25
URL
SINOPSIS
Kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak merupakan sesuatu yang baru. Penemuan dalam kajian ini sedikit sebanyak membantu pengkaji bahasa untuk mengkaji daripada pelbagai aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di Malaysia khususnya. Hanya melalui ini sahaja, hasrat kita untuk menatarkan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam kursus-kursus terpilih di IPTS dapat ditingkatkan.



BIL
TAJUK
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
26
URL
SINOPSIS
Artikel ini merangkumi pengajaran bagi pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi kandungannya termasuklah kefahaman 1, kefahaman 2, kata adjektif, kata hubung, teka silang kata, susun perkataan, simpulan bahasa 1, simpulan bahasa 2, uji minda 1, dan juga uji minda 2.



BIL
TAJUK
Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah: 
Satu Tinjauan
27
URL
SINOPSIS
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000).



BIL
TAJUK
Sintaksis
28
URL
SINOPSIS
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.




BIL
TAJUK
Susunan Unsur Ayat 
29
URL
SINOPSIS
AYAT ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap.  Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.  Dalam bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda baca titik.



BIL
TAJUK
Tatabahasa bahasa Melayu
30
URL
SINOPSIS
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.



BIL
TAJUK
Ayat: Subjek & Predikat…?
31
URL
SINOPSIS
Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
Subjek + Predikat = Ayat
Subjek + Predikat = Ayat Biasa
Predikat + Subjek = Ayat Songsang
Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan.
Predikat = ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.




BIL
TAJUK
Susunan Ayat
32
URL
SINOPSIS
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu. Jika dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.


BIL
TAJUK
Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu
33
URL
SINOPSIS
Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahami masyarakat, kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara- negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia melalui analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa Melayu moden.



BIL
TAJUK
Kata Pinjaman Bahasa Arab Yang Sama Di Dalam Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu: Satu Kajian Makna
34
URL
SINOPSIS
Semua bahasa meminjam perbendaharaan kata daripada  bahasa-bahasa lain. Bahasa Arab sebagai lingua franca agama Islam menyumbangkan perbendaharaan kata dan istilah kepada bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Asia dan Afrika. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan dua bahasa yang mendapat manfaat daripada kata pinjaman bahasa Arab. Pengkajian ini bertujuan mengkaji sudut makna leksikal pada kata pinjaman bahasa Arab yang sama di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.



BIL
TAJUK
Senarai Kata Pinjaman Dari Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu
35
URL
SINOPSIS
Artikel ini berkaitan tentang daftar kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Untuk penjelasannya silakan lihat artikel: Kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia Moden.



BIL
TAJUK
Senarai Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu
36
URL
SINOPSIS
Artikel ini merangkumi contoh vokal yang dipinjam dari bahasa asing seperti ae, aer, ai, ea, ee, ei, eo, eu, ia, ie, io, iu, oe, oi, oo, ou, ui, uo, uu, cc, cch, ch, rh, sc, th, cr, ng, ph dan banyak lagi.



TAJUK
 
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
 
URL
 
 
SINOPSIS
 
Kemahiran mendengar Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).
Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.
Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia.
 Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa.

 

TAJUK
Tatabahasa (kata nama)
URL
SINOPSIS
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang hadir sebelum dan selepasnya.

No comments:

Post a Comment