INTERAKSI 6 :
MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR DAN PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR DAN PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Struktur perpautan digunakan sebagai penuntun alur
sebuah aplikasi multimedia atau dapat pula dianalogikan sebagai diagram
alur dalam perancangan bahasa pengaturcaraan. Struktur ini berfungsi
untuk menggambarkan dengan jelas hubungan dan rantai kerja semua elemen
yang akan digunakan dalam aplikasi. Dengan penggambaran struktur
navigasi, pembuatan sebuah aplikasi boleh sistematik dan mudah. Jenis
struktur navigation dikumpulkan menjadi 4 struktur yang berbeza iaitu
heirarki, komposit, linear dan rangkaian yang mempunyai perbezaan dalam
bentuk rangkaiannya.
1. STRUKTUR LINEAR
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna
meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke
belakang sahaja.
Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara
berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan. Murid memulakan pencarian di
laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid
mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
2. STRUKTUR HIERARKI
- Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
- Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.3. STRUKTUR RANGKAIANMenyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.4. STRUKTUR KOMPOSITIa merupakan struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Malahan, ia juga sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.4.1 Kesan kepada pelajar
- Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
4.2 Kepentingan akses struktur perpautan
- Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa sub-pautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.